Monday, August 29, 2011

Utusan : Greatest Love .

Hari ini aku berulang dengar lagu "Cinta Teragung", nyanyian Hazama AF
Aku suka sangat klip video dia, untuk pertama kali dengar dan lihat.
Aku rasa bakat dia besar sebab suara dia unik.
Itu pendapat aku. Bagi yang lain, itu terpulang.

Tapi pada satu saat, masa aku cuba lihat kembali semua perilaku dia dalam klip tu, dengan hayati segala maksud bagi lirik, dan secara automatik aku terus mengingat kembali tentang seseorang.

Tentang seseorang, ya. 

Bila ingat kembali, tak guna pun meratapi orang yang dah pergi.
Hanya lagi menyeksakan Dia.

Aku malas nak cerita panjang. Tapi yang pasti aku sayang dia.
Mungkin cara aku tak benar. Tak tepat. Tak dapat dilihat.
Aku bersyukur. Aku adalah kakak pada dia.

Alfatihah buat arwah adik ku.
Teman yang kerap bergurau sebelum hayat dia pon, dia sempat membalas semua komen aku
Nada dia tak pernah serius, nada berlawak, membuatkan aku dengan dia tambah akrab.
Mungkin Tuhan lebih menyayangi dia.
Mungkin ada hikmah dari segala perkara yang terjadi ni.

Selamat Hari Raya, Aus.
Tahun ni mungkin para keluarga dan sahabat akan merasai kehilangan kau.
Tinta kau telah diakhiri dengan noktah, kau tunggalkan semua kenangan dan bebani kepada mereka yang akan sentiasa merindui kau.

Mungkin hidup kita hidup berasingan, tapi pertalian kita sangat utuh.
Walau macamanapon ada pihak yang memisahkan kita sekeluarga,
aku masih mencari supaya aku tak pernah putus ingatan pasal asal usul aku.
Begitu jugak korang semua.

Terima kasih sebab bagi aku peluang.
Walaupon pada asalnya kita mengenali sesama sendiri sebagai saudara, sebagai sepupu.
Di sebalik hubungan tersebut, aku pasti aku sangat rapat dengan kamu dan keluarga.
Dengan mak ndak, ngan Ida, ngan Qilah, dengan Wan, dengan semua antara kamu.

Naluri aku memang tepat.
Kita memang ada pertalian adik beradik.
Aku tak tau kenapa hari ni aku rasa touching sangat.
Dengan kau yang takda, dengan hubungan aku ngan Ida yang semakin renggang sebab pertelingkahan sebelum ni.
Kalau lah kau ada, mesti kau bantu segalanya.
Kitakan umpama kembar.

Aku seperti biasa akan beraya bersama keluarga kat sini.
Aku tak pernah ada peluang nak beraya dengan kau orang.
Aku harap, satu hari nanti, peluang tu akan ada.

Al fatihah buat Ahman Firdaus Abdol Rahim



Dari,

Nama sebenar : Fazreen Hanum Abdol Rahim @ Mazrin Mohamad


Monday, August 8, 2011

Anugerah .

Kadang-kadang kita lupa hidup ni banyak dugaan dan rasa tak terbeban dipikul membuatkan kita menyalahkan kepada keadaan sekeliling. 

Aku adalah hamba-Nya yang tidak terkecuali mencipta kesalahan dan menuding seluruh emosi kepada mereka di sekeliling. Jalan kehidupan yang tidak sempurna, sesempurna seperti sahabatku yang lain, membuatkan aku rasa cepat menyerah. Benar, bagi seorang hamba yang tabah, mereka akan terus berdoa dan tidak menyombong kepada Peciptanya. Memohon pertolongan, tidak menyerah. Bila aku berfikir dalam keadaan waras, aku sedar, banyak kesilapan yang telah aku lakukan dengan masa yang berlalu pantas,.

Aku yang akan mengubah semua, bukan kamu, bukan dia, bukan mereka. Hanya aku sahaja, dengan bantuan Yang Maha Esa. Setelah berfikir, aku telah membuat plot untuk melangkah ke depan, bukan ke belakang, melihat kelemahan diri yang lama. 
Melangkah dan menjalani hidup ke arah kebaikan dan lebih baik dari hari ini.

Maaf kerana aku tidak pernah bersyukur. Tanpa Kau aku tiada apa.
Aku jahil, aku bongkak dan aku tak pernah cuba mendalami mengenali cinta Kau.

Amin amin ya rabbal 'alamin.



>>Aku ungkapkan semua ni sambil dengar lagu D'Masiv - Jangan Menyerah. <<



Mzrn Mhd
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...