Friday, July 2, 2010

Macam-macam Perangai

Ada masa kita tak sedar kita bermain dengan api.
Ada masa kita tak sedar, kita dah melangkaui batas.
Ada masa kita tak sedar, kita ni terlalu kecil lagi hina.
Ada tak masa kalau Tuhan tu nak bagi peluang kat kita untuk berubah, tetapi kita sendiri tak dapat meminda satu pun kelemahan kita, tukarkan kepada kelebihan kita.
Ada budak ni, kecil-kecil dibesarkan oleh kualiti hidup yang kurang sikit sifat dan atitudnya. Bila membesar gaya hidup macam tu, ibarat copycat lah gaya hidup sehingga hari tua.
Bila seorang saudara mempunyai tali darah dengan si budak, ia melibatkan sama semua hal kemungkinan yang bukan datang dari dirinya.
Kesian. Tapi nak wat cana. Takkan saudara nak meninggalkan si budak ni dalam keadaan terkontang kanting.
Di akhir hujung urat kepala, terpikir la untuk membantu si budak menyelesaikan masalah.
Dia perlu idea dan bantuan supaya kejadian negatif tidak tercetus kembali.
Dan aku berharap, si saudara dan si budak dapat menyelesaikan hal ini
secepat yang mungkin. sebaik yang boleh.
Semua masalah boleh diselesaikan. Samada lambat atau cepat, tapi kena selesai.
>>END<<

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...