Tuesday, July 5, 2011

Angin .

Pagi ini aku memulakan hari seperti biasa.
Bangun, mandi, dan melangkah keluar ke kereta mini milik keluarga. Walaupun ni dah jadi rutin harian semasa, setiap kali melangkah keluar, aku tetap tidak putus doa, moga aku dipanjangkan umur. Kesian mama dan papa. Dah tua pun masih kuat hadapi segalanya.

Kadang-kadang aku pelik dengan dunia. Dengan orang sekeliling. Kenapa harus mengetepikan hal ibu bapa? Sejahat mana pada awal usia mereka, patut ke seorang anak menghukum mereka? Err. ada kaitan ke ngan entry aku nak cerita ni? Hahaha.

Hurmm.. Hidup ni macam cuaca. Panas, hujan, lembap, taufan . Standard la. Itu ketentuan Tuhan. Macam kita juga, ada masa kat bawah menyujud tanah merah, ada masa kat atas mendongak sambil melihat garisan awan, umpama bila-bila Tuhan nak duga, macam-macam dia boleh berikan.

Ini pengalaman hidup. Situasi ni benar-benar terjadi kat sekeliling kita. Seorang ibu membesar sepuluh orang anak keseorangan. Apapun terjadi, si ibu tetap memeluk kesemua anaknya, tanpa kompromi, tanpa pilih bulu.  Bila masing-masing dah membesar, hidup si ibu sepatutnya semakin hari semakin kurang bebanan. Tetapi haluan anak-anak mendorong si ibu terpaksa menerima sama dan mungkin lebih bebanan sebelumnya.

Bagi aku lah, sebagai seorang anak yang telah matang, seharusnya anak yang bertanggungjawab ke atas ibu bapanya. Hulur bantuan dan bela nasib si ibu dan si bapa. Kewangan, nafkah dan segala perhatian. Bukan membebankan mereka dengan masalah sendiri, pinjaman kewangan lain-lain, joli dan sebagainya, semua pun nak guna duit dorang ke? 

Kadang-kadang aku tak paham, kenapa ada orang macam ni di kalangan sekeliling aku? Selagi mana boleh tolong, buatlah apa yang patut, selagi tak henti nafas terakhir.

Susah macam mana pun kita, Tuhan kan wujud, dan Dia benar-benar ada di samping kita. Dia akan bagi petunjuk kepada anak-anak yang beriman ni. 

Aku nak end kan entry aku ni nak wish Selamat Hari Selasa. Nak puasa ni bulan depan ni, sila-sila gantikan puasa. *Akupun tak ganti-ganti lagi ni. huahuahua. Okayy~*


With love, Xoxo

Mzrn Mhd ;)



2 comments:

rohanazainal said...

sedih yien sedih.. huuu :'(

Mazrin Mhd. said...

berjasa la pada dorang sebelum Tuhan tarik semua yang kita ada.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...