Tuesday, July 19, 2011

Si pemandu jalanan.

Situasi 1.

Macam biasa, pagi-pagi ke kerja walaupun tak rela. Pagi-pagi memandu seperti setiap waktu bekerja.
Keluar dari rumah, aku dengan anak-anak buah aku macam biasa lalu short-cut lorong kecil untuk potong traffic light yang nak hala ke Duke Semarak. Dan laluan tu akan lalu selepas traffic light tersebut. Yelaa, takkan aku nak tercangak beratur kat belakang-belakang kereta yang nak hala ke Semarak-Jalan Guney yang akan belok ke kiri walhal aku nak straight ke Jalan Genting Klang, laluan menghantar anak-anak buah ke sekolah dan laluan aku nak ke kerja.

Berbalik kepada lorong kecik (lorong short-cut), aku tak tau kenapa dah ramai melaon gunakan lorong ni? Dah agak famous skit sebab masa aku lalu tadi, motor dan kereta berpusu-pusu dari arah berlainan masuk lorong yang sama. Tapi takpa, itu bukan isu. Yang jadi isu, lepas dari selekoh lorong tu nak keluar ke sisir jalan yang besar skit, ada penunggang (lelaki yang mungkin sang suami) dan pembonceng (si perempuan yang confirm isteri dia) memotong kereta aku. Of course la bila memandu aku akan pandang ke depan. Pandangan mata ni tertumpu kepada motosikal tadi. Si pembonceng menoleh dengan mulut kumat-kamit. Yang pasti aku faham apa yang dia cakap.

"Bodoh".

Aku cuma boleh senyum, tapi hati agak membara gak. Sebab kau kalau pandai, takkan kau kerja kilang (aku tengok baju dia yang bewarna biru. Macam aku tatau baju makmal kau yang warna biru tu kan??? )Terus aku gelak dan menekan hon kereta aku (takda lah kuat sangat sebab aku tekan pun main-main). Dan yang best, sekali lagi, dia toleh dengan tanpa suara aku dapat faham apa yang dia cakap, buat kali kedua, "Bodoh".

Teurs,  anak-anak buah aku tetiba pandang kat aku dan bertanya. "Kenapa acu?". "Takda, makcik *&^%* (aku tekankan bangsa dia) tu, dia mungkin marah acu sebab seluar dia terkena lecak"

Aku teringat kat simpang tadi ada banyak lopak dan air dan mungkin kereta aku penyebab baju dia basah. Aku perasan dari cermin sisi aku, memang dia kat sebelah kanan kereta aku, tapi belakang kereta. bukan tepi atau depan. Cuma yang pasti, motor tu nak potong kereta aku. Agak-agaklah kat simpang nak memotong, kau potong lepas simpang kan tak salah.

"Bodoh tu adalah dia. Tulah balasannya", anak buah aku perempuan aku yang baru Darjah 3 menjawab dengan tepat. Maksudnya, dia pun nampak situasi tadi dengan jelas siapa yang patut disalahkan. *Ke sebab aku makcik dia, dia back-up aku. Hahahaha*

Situasi 2.

Macam biasa Jalan Genting Klang sangat lah sesak, tambah-tambahan kereta dari Jalan Air Panas yang nak merangkak keluar ke Jalan Genting Klang, susur tu agak berbukit curam dan pendek. Aku tentulan antara pemandu berhemah yang biasa keluar dari susur tu nak ke Jalan Genting Klang. Lampu trafik kat laluan aku sudah berubah kepada hijau. Tentu-tentu aku lane yang ke-3 (Lane yang dibuat sendiri oleh pemandu-pemandu untuk penjimatan masa masing-masing, walaupun lane keluar ke Jalan tersebut hanya ada dua lane sahaja).

Depan kereta aku (Proton Wira 1.3 Aeroback warna kelabu, yang mungkin manual), milik seorang perempuan *&%^, memotong semua kereta di depan dan lagaknya seperti seorang profesional. Tapi perjalanan tersebut terus terbantut sebab kesesakan trafik di bahagian hadapan. Kereta milik dia, aku dan milik sebuah lagi kereta belakang aku terpaksa berhenti di tengah-tengah simpang masa lampu di laluan yang berlainan telah bernyala berwarna hijau. Motor-motor dari arah tersebut terus memecut dan menjadikan laluan yang ada di ruang kereta Wira tadi laluan untuk ke tengah laluan utama si penunggang bermotosikal.

Dalam keadaan yang sesak seperti biasa, jalan yang tak pernah terlepas dari masalah trafik ni,situasi tadi membuatkan aku jadi kaget dan terus menekan hon. [IKLAN]Aikk, hari ni aku main hon-hon jek [IKLAN TAMAT].


Kereta yang lagak macam pro taik kucing tadi, tetiba main-main clutch dengan minyak. Bajet nak seimbang kereta tanpa tekan brek, Hakkk Phuih!!! Aku pun, jadilah panas hati, sebab kereta dia makin ke belakang. Tak pasal-pasal kereta aku plak jadi mangsa kelembutan dia. Padahal gap antara kereta dia dan kereta depan sangat besar kot, motor-motor boleh buat 3 lanes lalu depan kereta dia dengan muka tersenyum puas. Motif tersenyum puas? Aku punya suka la, ni blog aku nak tulis apa. Zzz.

Sambungan ..

"POOOONNN!". Perempuan tu terus menoleh, langsung tak guna cermin belakang dan cermin sisi. Aku takda la buat reaksi angkat tangan ke, apa ke. Muka aku tetap slumber. Pada aku, penekanan hon itu adalah satu amaran. Cheeewaaah~

Tapi reaksi perempuan tadi dengan menoleh kepala dengan badan-badan sekali tertoleh nak tengok aku kat belakang, membuatkan aku pelik. Pelik laaa okay! Pelik sebab cermin belakang dia sepatutnya aku boleh nampak lah sepasang mata pemandu, yang bermaksud = dari sudut dia, dia boleh lihat belakang kereta dia guna cermin tu. Untuk mengukuhkan alasan aku pasal cermin tadi, cermin tu menghadap arah pemandu yang aku boleh huraikan, dia guna cermin tu untuk tengok muka dia sendiri, bukan untuk memandu dengan sempurna dan menggunakannya untuk melancarkan pemanduan sambil tengok ke belakang tanpa menoleh.

Okay, pagi ni, jelas sekali aku telah berjumpa dengan dua orang BODOH yang berlagak pandai.

Kesimpulan Situasi.

Aku bukan jumpa dua orang sebenarnya. Aku rasa dalam perihal ni ada 3 orang bodoh sebab aku hari ni terpaksa "ter"lalu jalan Bangsar dan membuatkan aku kena hadap tiga lampu trafik dan pusing satu UM untuk ke pejabat aku. Dari Jalan Meru-Parlimen tu sepatutnya aku ikut laluan yang nak hala ke Pusat Damansara, laluan yang paling dekat ke pejabat aku, sebab aku akan masuk ke pintu UM-Damansara, dan jarak dari pintu ke pejabat hanya mengambil masa 2-3 minit je. Plus, sepanjang perjalanan, tiada lampu trafik yang menghalang perjalanan aku, cuma mungkin bukit yang membuatkan kereta menjadi perlahan sekejap. tapi dalam kondisi yang masih bergerak.

Nasib ohh nasib ..


Xoxo,


Mazrin Mhd

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...