Sunday, November 13, 2011

Lamo gilo

Tadi, nama aku di tag oleh Ien kat blog dia. Tetiba buka niat aku nak tulis blog balik. Dah beberapa bulan aku bersara sebab komitmen tinggi kat tempat kerja. Sampai taik telinga sendiri pon aku lupa nak korek. Nampak tak, betapa besar peranan kerja dari peranan diri (pada pandangan mata kasar aku).

Pasal kerja:
1. Bos lama aku dah tak kerja lagi da kat tempat aku. So aku dah lama tak dengar cerita ngarut pasal "massage bra" dia. *EMOSI kejap*
2. Bos baru aku cina, tapi aku tak racist. Dia sangat hyper sampai aku rajin bekerja.
3. Ofis kitorang lebih rancak dari sebelumnya.
4. Aku tak beban ngadap hal geran-geran rantai emas, rumah, kereta dan sebagainya (Kau rasa, UM ada uruskan ke jadah ni? Tolonglah percaya!)

Pasal aku:
1. Say goodbye to partime works on weekends sebab aku akan mula kelas kat Kasturi KL2 19hb Nov. Terus lompat upper 6.
2. Aku rasa gembira, aku mampu beli minyak wangi mahal kini! *Gggr, mak aku jeles kot*
3. Sekarang aku jimat duit poket sikit sebab ada BB. Apa-apa pasni #Whatsapp sahaja.
4. Sebab aku rasa aku makin renggang dgn kengkawan. So, aku buat tentatif program tok kawan-kawan aku yang nak g Bandung bulan 2. (buat masa ni, aku tunjuk deraf tentatif kat Farhana shj. Lain-lain, aku bagi nenanti)
5. Aku da mula gila twitter dari facebook.
6. Aku dah gatal nak kahwin. Tengok je luka-luka aku garu sampai lebam. Mungkin luka-luka ni sembuh tahun depan. Siapkan diri masing-masing dengan warna Ungu dari sekarang, teman dan famili!
7. Emosi tak stabil dan mulut makin jahat.
8. Aku rindu kampung dan nenek aku. Aku benci kenapa aku masih boleh tak balik Negeri Sembilan walaupon orang balik kampung kat Kelantan boleh balik sebulan sekali. Mungkin kena himpit dengan batu bata depan belakang kiri dan kanan (kerja, papa tak sihat, kurang pendapatan, hutang).
9. Akhirnya aku dapat tgk Immortals! Aku ternanti-nanti dari sedekad lepas kot -..-"

Lain-lain, aku takesah. Aku peduli hal aku, keluarga dan teman baik sahaja.
Mungkin aku jarang spend masa dengan teman sebab aku sibuk pasal hal keluarga. Mungkin aku jarang spend masa dengan famili sebab aku sibuk dengan teman. Mungkin aku tak dapat lakukan kedua-dua sebab aku sibuk dengan kerjaya.
*Miss you all*


Xoxo,

Mzrn Mhd

1 comment:

areniz^16 said...

haaaaaa byk benda aku nk tanye nih...

1) baju ungu aku baaaaaanyak! tapi bile tarikhnya? aku nk buat baju baru!!

2) g bandung shopping brg kawen ke weh? NAK IKOTT!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...