Wednesday, July 27, 2011

Lab coat vs. Toilet coat vs. Kilang coat

Semalam aku ada lawatan kat Agensi Nuklear Malaysia.
Best sangat.
Banyak benda yang set dalam mentaliti masyarakat berkenaan nuklear ni memang patut diubah.
Terutama sekali pasal nuklear dan bom ni.
Jangan risau.
Kemajuan nuklear ni sangatlah diperlukan.
Tapi bukanlah diproses untuk membuat senjata.
Cuma kebanyakan reaktor trigga yang terdapat kat serata negara maju
macam USA, Jepun, Korea, Australia dsb.
Dorang menggunakan nuklear ni kebanyakan untuk kegunaan elektrik.
Contok gambar kat bawah ni, ni dia guna PWR (Pressurized Water Reactor): 


Yang guna BWR (Boiled Water Reactor) aku tak jumpa plak picture dia. Hahaha.
Kalau nak study benda ni, kau google la sendiri kat internet.

Banyak sangat kelebihan dan penjimatan dapat dilaksanakan oleh Kerajaan. 
Mungkin generasi akan datang, elektrik dorang tak semahal hari ni.
Sebab harini 82% yang terdiri dari bahan bakar fosil dan yang selebihnya tu guna kuasa tenaga hidro
Dalam keadaan bahan bakar yang bakinya makin sedikit dan mahal.
Tu yang membuatkan elektrik punya bil kat rumah kita makin meningkat.
So tenaga nuklear ni alternatif lain la yang boleh membantu kerajaan dan orang ramai bagi menggunakan
elektrik yang sedia maklum benda ni pun sangat penting dan wajib buat semua orang.
Aku malas nak cite panjang, kang aku silap cakap plak. Kena banned.
Hahahaha.

Tapi, fyi, memang lawatan ke sana sangatlah berbaloi.
Banyak benda kosong dalam otak, bila keluar dari pintu
Lepas makcik polis kat balai guard tu senyum,
banyak tulisan-tulisan macam matrix tu keluar kat depan mata aku.
Terus, aku tertidur sampai depan Kolej 12.

Hahahha.

Sebenarnya, pengalaman yang nak aku kongsi ni,
bukan lah pasal jadah nuklear yang aku cerita tadi tu semata-mata. 
Sebenarnya pasal satu benda yang aku excited sangat nak share.

Okay, kau orang balik pada tajuk entry aku.
Hahaha.

Istilah tuh dah banyak aku guna pakai dalam hidup aku.
Bagi kau orang yang amik pengajian dalam bidang sains, 
pasti kau orang tau apa itu fungsi Lab-coat 
terutama sekali pakaian tersebut sangatlah HARUS untuk dipakai
bagi langkah-langkah keselamatan.
Betol!!

Toilet-coat ni plak, aku bagi pendekatan aku pada akak-akak yang mencuci toilet kat office aku.
Ala, akak-akak cleaner ni..
Kan dorang ada pakai baju gaun ala labuh sikit tu
rupa seakan lab-coat
Cuma mungkin kat office aku ni warna dia warna biru ada corak sikit
kat collar dia.
Hahahaha. Style la tu
Nak menampakkan baju diorang tak membosankan.
Okayla.
Bagus pendekatan yang dorang bawak ni. 
:))

Kilang-coat ni plak, sama macam kat atas yang dua benda aku duk kepoh tadi.
Tapi.. tapi..
err, dia warna biru pekat. 
Macam biasa kau g kilang. Nampak orang pakai coat labuh ala warna biru.
Tu aku panggil kilang-coat.
Wawawawa.

So, kesimpulannya.
Cuba kau tengok gambar di bawah:-

Aku tak terasa aku ni pakai lab coat (walaupun hakikatnya memang labcoat)
Tapi aku rasa aku pakai baju kilang-coat.
*Isu toilet-coat tu aku saja menambah sebab aku selalu guna bila perlu, takot korang confused*
Labuhnya, ngan muka sememehnya.
Serupa hayam!

Hahaha.
Experiance aku yang sebenarnya, aku suka la.
Sekali pandang macam ala-ala Ph.d student yang amik Biochemistry kat Universiti Malaya.
Hahaha.
Walaupun aku memang jauh lagi nak kena menapak ke arah tu.
Then, second thought aku, macam sememeh macam labuh macam pakai kilang-coat plak.
Untung warna putih.
Hahahaha.

Okayla, nak chiow. 
TC yaw!

Xoxo,

Mazrin Mhd

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...