Thursday, July 28, 2011

Membuatkan aku buka mata .

Sebenarnya aku tak berani post sebab aku tak berhak.
Tapi aku kuatkan semangat jugak dengan sebarkan beberapa pendirian yang boleh mengatasi 
segala jawapan si "mereka" ini (yang mungkin termasuk aku)
Kalau aku ditanya perihal ni, aku dah takkan menjawab. 
Cuma duduk diam. 
Dan Senyum!
:)

Dan aku pasti, aku akan berubah. 
Berubah ke arah perkara yang ingin aku bincangkan di bawah.

Selamat menghayati.

"Wei, asal kau buka aurat/tak pakai tudung/pakai baju sendat bagai/bla bla bla? Tak segan ke?"

Yang pasti, ada beberapa jawapan dan persepsi mereka yang menjawab adalah seperti di bawah ini:-

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, diamenyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebihbaik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan," pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islamuntuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagikau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul.Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dankononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hatisuci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yangmembuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembah yang dan puasa. 
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untukmenjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami taksusahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta oranglain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidakmenegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawanperintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Taksempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik?Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku. 

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.



Syabas la kepada para sahabat yang dah menutup aurat. Bagi mereka yang belum (termasuk aku), 
selain berusaha menyuci hati, berusahalah juga untuk ke arah kebaikan yang membolehkan kita untuk mencium syurga.
Jadi perempuan ni senang dapat pahala.
Buat dosa pon senang gak. 
Cuma ikut nawaitu masing-masing.
Nak atau tidak? 

GTG, chiow~


Xoxo,


Mazrin Mhd.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...