Monday, August 8, 2011

Anugerah .

Kadang-kadang kita lupa hidup ni banyak dugaan dan rasa tak terbeban dipikul membuatkan kita menyalahkan kepada keadaan sekeliling. 

Aku adalah hamba-Nya yang tidak terkecuali mencipta kesalahan dan menuding seluruh emosi kepada mereka di sekeliling. Jalan kehidupan yang tidak sempurna, sesempurna seperti sahabatku yang lain, membuatkan aku rasa cepat menyerah. Benar, bagi seorang hamba yang tabah, mereka akan terus berdoa dan tidak menyombong kepada Peciptanya. Memohon pertolongan, tidak menyerah. Bila aku berfikir dalam keadaan waras, aku sedar, banyak kesilapan yang telah aku lakukan dengan masa yang berlalu pantas,.

Aku yang akan mengubah semua, bukan kamu, bukan dia, bukan mereka. Hanya aku sahaja, dengan bantuan Yang Maha Esa. Setelah berfikir, aku telah membuat plot untuk melangkah ke depan, bukan ke belakang, melihat kelemahan diri yang lama. 
Melangkah dan menjalani hidup ke arah kebaikan dan lebih baik dari hari ini.

Maaf kerana aku tidak pernah bersyukur. Tanpa Kau aku tiada apa.
Aku jahil, aku bongkak dan aku tak pernah cuba mendalami mengenali cinta Kau.

Amin amin ya rabbal 'alamin.



>>Aku ungkapkan semua ni sambil dengar lagu D'Masiv - Jangan Menyerah. <<



Mzrn Mhd

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...